Samsung jenama terkuat dalam Anugerah Putra Brand

Share Button

Sejak bertahun-tahun, Samsung Malaysia Electronics telah mewujudkan peranti dan
menyediakan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggannya.

Menerusi komitmen itu, usaha Samsung Electronics diiktiraf pada Anugerah Putra Brand
2018, di mana jenama itu telah memenangi dua anugerah Emas dalam kategori ‘Peranti
Komunikasi’ dan ‘Kelengkapan Kamera, IT dan Pejabat & Perniagaan.’ Malah bukan itu saja,
ia turut membawa pulang anugerah Perak untuk sumbangannya dalam segmen ‘Peralatan
Peribadi, Isi Rumah dan Luar.’

“Kami berusaha keras untuk mewujudkan, menyediakan dan menambah nilai ke dalam
kehidupan pengguna. Pengiktirafan yang diterima pada Anugerah Putra Brand telah memberi
motivasi dan membuatkan kami terus merendah diri. Kami berjanji mengekalkan apa yang
sedang diusahakan dan terus mencipta teknologi inovatif yang dapat membantu pengguna,”
kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim.

Selain tiga anugerah itu, Samsung juga memenangi ‘Pemasar Tahun 2018,’ sebagai
pengiktirafan kepada falsafah jenama itu.

Menurut Kim lagi, pencapaian itu sememangnya sesuatu yang dibanggakan dan berjanji
untuk terus menjadi lebih baik dan memastikan hubungan bersama pengguna diutamakan.

Apa komen anda?