Pelajar berpeluang sertai Akademi ICT Huawei Technologies Malaysia

Share Button

Oleh Dar Mansor

Seramai 3,000 penuntut universiti seluruh Malaysia berpotensi terpilih mengikuti kursus di bawah Akademi ICT Huawei Technologies Malaysia yang dilancarkan peringkat global dua tahun lalu.

Universiti Malaya tersenarai antara tujuh universiti tempatan bekerjasama dengan Huawei bagi mempersiapkan graduan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Dianggarkan antara 400 hingga 500 penuntut UM bakal menerima manfaat ini.

Dua pilihan kursus diberikan iaitu jangka pendek membabitkan sesi pembelajaran kelas dan praktikal antara 5 hingga 10 hari dan jangka panjang sehingga tempoh tiga tahun.

Objektif akademi untuk mendedahkan mahasiswa kepada pengalaman kerja sebenar melalui ditawarkan termasuk pengurusan operasi, infrastruktur komunikasi dan teknologi maklumat serta konsep teach and learning.

Akademi ICT Huawei menerusi Huawei Authorized Information Network Academy (HAINA) melihat pelaksanaan program ini sebagai platform terbaik bagi graduan mencapaian perkerjaan diimpikan.

Apa komen anda?