Oppo terima anugerah prestij TechRadar Mobile Choice Consumer Awards

Share Button

Baru-baru ini, Oppo telah menerima satu anugerah berprestij One to Watch pada majlis
TechRadar Mobile Choice Consumer Awards.

Dalam tahun ini, Oppo dilihat benar-benar berani membuat perubahan dengan teknologi
inovatifnya dan walaupun mempunyai banyak persaingan, jenama itu tetap menjadi tumpuan.

Menerusi anugerah itu, Oppo berjaya membuktikan menjadi jenama terkemuka dalam
pasaran. Syarikat dari China itu juga sangat berbangga dengan pengiktirafan diberikan yang
memaparkan komitmen mereka dalam meneroka teknologi melalui pendekatan rekaan
berevolusi dan gabungan inovasi teknologi.

Ini sekali gus mercerminkan nilai dan keinginan Oppo untuk terus mewujudkan telefon pintar
pada masa hadapan.

Apa komen anda?