Oppo R17 Pro, fon untuk gambar malam

Share Button

Oleh Dar Mansor

 

Tambahan kepada rangkaian siri R, OPPO hari ini melancarkan R17 Pro dengan harga mampu milik. Dijual pada harga RM2699, peranti terbaru ini adalah penyelesaian kepada masalah fotografi malam.

Direka khas dengan perincian yang mengutamakan kualiti maksima gambar dalam situasi gelap dan bercahaya rendah.

Menampilkan bukaan pintar dan perisian AI Ultra-Clear Engine bertindak sebagai enjin produksi imej, kelebihan ini disokong penciptaan kamera hadapan 25megapixel, Sensor Sony IMX576 dengan bukaan f/2.0 dilengkapi real-time HDR serta Mod Ultra Night.

R17 Pro direka khas dengan sistem Penstabilan Imej Optikal (OIS) yang menstabilkan imej, mencerahkan gambar dengan modul lensa 7P. Dikuasai prosesor Snapdragon 710, model ini memiliki RAM 8GB dan setoran 128GB.

OPPO mengekalkan elegan dan artistik apabila menggunapakai warna ‘tri-color gradient outlook dan bi/quad-direction”pada permukaan peranti. R17 Pro ini didatangkan dengan dua warna iaitu Gradient Mist dan Emerald Green.

Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, William Fang berkata buat pertama kalinya, OPPO melalui R17 Pro menggunakan Corning Gorilla Glass 6 dengan 6.4inci skrin selain perisian bukaan cap jari tersembunyi.

“Pra pesanan R17 Pro boleh dilakukan bermula 23 Nov. Kami menyasarkan kepada pengguna industri telefon pintar kelas pertengahan yang mempunyai kuasa membeli. Sebagai pilihan alternatif pembelian, pengguna boleh terus ke Celcom Blue Cube, Senheng dan senQ. Bagi pembelian online, turut tersedia di Lazada, Shopee dan 11 Street,” katanya.

 

Apa komen anda?