Obses beli online? Anda ‘lubuk’ kepada pencuri identiti

Share Button

Oleh Dar Mansor

Sebanyak 15.3 juta rakyat Malaysia yang obses berbelanja online berisiko  kepada pencurian identiti dan penipuan.

Bukan itu saja, segala jenis transaksi berasaskan atas talian terdedah kepada bahaya ini hingga mengakibatkan kerugian beratus juta Ringgit.

Malaysia terletak di tangga keempat tertinggi bagi Jumlah Keseluruhan Rekod Kehilangan Data atau Kecurian membabitkan kerugian sebanyak USD46juta.

CTOS, agensi kredit antarabangsa memperkenalkan CTOS SecureID sebagai pelan perlindungan dengan menjaga data peribadi dan identiti pelanggannya.

Pelanggan akan menerima alert sekiranya berlaku hal mencurigakan merangkumi permohonan kredit baru, bayaran tertinggal, perubahan had pengeluaran (kredit), penutupan kemudahan kredit meliputi semua akaun dan pembaharuan alamat.

Alert ini akan diterima melalui email dan SMS dalam waktu sebenar.

“Pelan perlindungan ini boleh melindungi identiti seseorang dengan pantas dan mudah. Bukan itu saja, pelanggan turut diberi maklumat terkini mengenai taktik penipuan serta panduan pencegahan tentang masalah berkaitan pencurian identiti.

“Selain itu, empat Laporan Skor MyCTOS dalam tempoh setahun turut diberikan kepada pelanggan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Holdings, Dennis Martin.

CTOS SecureID bekerjasama dengan Bank Negara, Cybersecurity Malaysia dan beberapa agensi lain untuk melindungi data pengguna.

Pelan perlindungan CTOS SecureID ini dijual pada harga RM99.

Wakil CyberSecurity Malaysia (CSM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan CTOS ketika melancarkan pakej

 

Apa komen anda?