Lenovo tampil unik dengan tiga laptop ini

Share Button

Oleh Dar Mansor

 

Esok akan bermula jualan sebuah laptop hebat diperkenalkan Lenovo.

Lenovo tampilkan kelainan dengan pelancaran tiga model terbaru laptop dibawah siri YOGA selain berkolaborasi dengan jenama ‘streetwear’ USA, Nerd Unit.

Berciri tahan lasak selain memfokuskan kepada kualiti premium, spesifikasi tiga model terbaru iaitu Yoga S730, Yoga C930 dan Yoga Book C930  ini dinaiktaraf untuk pasaran terkini. 

 

Yoga S730

Dengan kenipisan hanya 11.9mm, Yoga S730 dikategorikan sebagai paling nipis dalam kelasnya. Diperbuat daripada bahan aluminium berkualiti tinggi dengan berat1.2kg, model ini turut menawarkan keupayaan prosesor Intel Core i7 Gen8 yang dimasukkan bersama memori 16G selain memuatkan setoran sehingga 1TB.

Yoga C930

Menariknya tentang Yoga C930 terletak pada keunikan sound bar dimana ia boleh diputar sehingga 360 darjah tanpa menganggu kualiti bunyi.

Selain itu, kedudukan dua subwoofer dan dua pembesar suara boleh diputar dan berubah mengikut orientasi skrin.  

Yoga Book C930

Bagi Yoga Book C930, papan kekuncinya boleh diubah menjadi skrin lakaran dan anda boleh menggunakannya untuk melukis kerana didatangkan dengan pen lakaran. Skrin E Ink ini turut bermanfaat bagi pembaca buku elektronik.

Harga : 

Yoga S730 akan berada di pasaran mulai 1 Desember dengan harga bermula RM 3,859

Yoga C930 telah memasuki pasaran dan dijual bermula RM 6,044

Yoga Book C930 (belum diumumkan)

Apa komen anda?