Jangan sibuk ‘share’ melulu di FB, group WhatsApp isu rusuhan kuil

Share Button

Mana-mana pihak seharusnya tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh ‘membakar’ sentimen perkauman serta menjejaskan ketenteraman awam dalam kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya baru-baru ini.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat palsu, mengambil apa-apa tindakan atau mengeluar kenyataan yang boleh membakar sentimen perkauman dan menjejaskan ketenteraman awam terutama di media sosial.

Ia memandangkan perkara itu boleh dikategorikan sebagai cuba mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan negara.

Anda tidak perlu melayan sebarang page-page tidak bertauliah di Facebook, penyebaran dalam grup WhatsApp dan macam-macam lagi tanpa mengambil pengesahan terlebih dulu dan perlu mengikuti perkembangan di media yang sah saja.

Tindakan menyebar fitnah di media sosial boleh dianggap kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan adalah satu kesalahan seperti yang termaktub dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia boleh mengambil tindakan menggunakan peruntukan berkenaan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Apa komen anda?