Jangan percaya iklan pengambilan pembantu guru yang tular

Share Button

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan iklan jawatan baru dikenali sebagai ‘pembantu guru’ dalam berperanan membantu guru-guru di negara ini

melaksanakan kerja pentadbiran mereka seperti yang tular di media sosial.

Dalam kenyataannya, KPM berkata kementerian tidak mengeluarkan iklan tersebut.

“Jawatan tersebut di peringkat cadangan dan jika diperkenalkan pun hanya akan diputuskan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang  berkuasa mengiklannya,” kata kenyataan tersebut.

Tular di media sosial termasuk grup WhatsApp yang memaklumkan jawatan tersebut sudah wujud dan sedang dalam  proses pengambilan.

 

Apa komen anda?