Imej bocor Weibo dikatakan Vivo Nex 2

Share Button

Imej itu jelas menunjukkan peranti berjenama Vivo yang kelihatan seakan model Nex yang asal. Peranti berkenaan dikatakan dilengkapi dengan tiga kamera utama di bahagian belakang serta mempunyai dwi skrin. 

Menambah skrin kedua pasti akan mengunakan lebih banyak bateri. Nex yang asal mempunyai 4,000mAh bateri, tetapi tetap tidak bertahan lama jika peranti itu digunakan dengan kerap.

Sebaliknya, jika Nex 2 mengekalkan kualiti kamera seperti model terdahulu, imej swafoto pastinya luar biasa. Model yang asal mempunyai dua kamera. Menambah yang ketiga menjadi standard dalam industri ini. 

Huawei memulakan trend itu dan diikuti dengan LG V40 ThinQ dan Samsung Galaxy 7. Kamera tambahan itu mungkin untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas, yang membuatkan swafoto berkumpulan dan landskap panorama lebih hebat. Selain itu, ia juga membolehkan cahaya rendah memberikan prestasi yang lebih baik.

Kita baru lihat imej bocor, jadi tiada maklumat kukuh mengenai spesifikasinya.

Nex yang asal dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 845 dan memori 8GB bersama skrin Super AMOLED 6.59 inci, jadi kami berharap untuk melihat perkara yang sama pada model terbaru ini. Peranti asal juga mempunyai pengimbas cap jari secara dalam paparan, yang menurut kami perlu ditambah baik memandangkan ada beberapa isu mengenai model generasi pertama itu sebelum ini.

Persoalannya bagaimana Vivo menangani isu cap jari pada dwi skrin nanti. Oleh itu kita perlu menunggu lebih banyak lagi kebocoran untuk mengetahui spesifikasinya nanti.

Apa komen anda?