Hilton mulakan Cyber Monday

Share Button

Hotel berkelas 5 bintang Malaysia, Hilton Kuala Lumpur buat pertama kalinya memperkenalkan #HiltonCyberSale bersempena dengan hari  Cyber Monday – hari membeli-belah dalam talian paling dinanti-nantikan.

Acara itu akan berlangsung selama hingga 26 November menerusi platform e-dagang Hilton, TakeHome.Hilton.com. Sepanjang promosi ini, tetamu, pengunjung yang datang ke restoran dan ahli Hilton boleh mendapatkan dua kali ganda manfaat di semua restoran dan pusat istirahat di hotel berkenaan apabila mereka berbelanja di TakeHome.Hilton.com.

Peringkat baucer tunai bernilai dua kali ganda itu seperti berikut:

  • Berbelanja RM50 dan dapatkan baucer tunai bernilai RM 100
  • Berbelanja RM250 dan dapatkan baucer tunai bernilai RM 500
  • Berbelanja RM500 dan dapatkan baucer tunai bernilai RM 1,000

Hilton Kuala Lumpur memiliki banyak pilihan tempat makan dari yang bercirikan Eropah moden di GRAZE, restoran Chinese dan Japanese, Chynna and Iketeru, Chambers Bar & Grill, Broadwalk hingga ke restoran di tepi kolam, Zeta Bar.

Sementara Spa dan Gym pula menawarkan perkhidmatan spa, rawatan wajah dan sesi latihan peribadi di gim.

Baucer ini sah dari 30 November 2018 hingga 31 Mei 2019 di semua cawangan dan pusat istirahat di hotel Hilton Kuala Lumpur, tidak termasuk musim perayaan dan promosi lain.

Apa komen anda?