CEO MaGIC letak jawatan

Share Button

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Ashran Ghazi meletak jawatan bermula 12 Disember ini.

Tempat beliau akan digantikan sementara CFO, Amiruddin Shukur.

“Saya akan kembali ke dunia keusahawanan. Sudah lama saya  berhasrat untuk berhenti namun saya perlukan kepastian MaGIC kekal. Tugas saya dah selesai di mana MaGIC kini dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Keusahawanan,” katanya.

MaGIC sebelum ini berada di bawah Kementerian Kewangan. 

MaGIC memiliki 70 kakitangan, ketika ini terbabit dengan 900 syarikat pemula niaga tempatan dan tidak memerlukan geran tambahan daripada kerajaan untuk menjalankan programnya.

Secara puratanya, peruntukan MaGIC daripada kerajaan adalah sebanyak RM50 juta setahun dan sejak 2014 kira-kira RM197 juta telah dibelanjakan.

Apa komen anda?