Bitcoin hilang 40 peratus daripada nilainya dalam tempoh dua minggu

Share Button

Bitcoin mengalami kejatuhan harga teruk sehingga serendah $3,520 (RM14,800) sejak beberapa hari kebelakangan ini, sekali gus menghapus semua keuntungan daripada syiling yang dibeli tahun ini.

Perkara itu secara tidak langsung mengimbas kembali keraguan yang pernah timbul mengenai kekukuhan mata wang maya itu sebagai satu kaedah pelaburan.

Ia satu perubahan dramatik dari 2017 apabila nilainya menjangkaui $15,000 (RM63,000) pada awal Disember hingga puncak hanya di bawah $20,000 (RM84,000). Selepas itu, harga menjunam. Menjelang Januari tahun ini, ia kehilangan separuh daripada nilai puncaknya dan terus menurun. Penurunan ini sangat dramatik dalam beberapa minggu terakhir.

Penurunan harga mungkin disebabkan oleh beberapa cabang yang menghasilkan mata wang selari seperti Bitcoin Cash tahun ini. CoinDesk – laman web yang pakar dalam Bitcoin dan mata wang digital melaporkan yang Bitcoin Cash serta beberapa cabang bitcoin lain mengalami kerugian lebih 10 peratus dalam tempoh 24 jam.

Apa komen anda?