Bagaimana menawan hati seorang perempuan?

Share Button

Bagaimana untuk menggembirakan kekasih atau isteri?

Atau is mungkin hadiah kepada anak perempuan? Atau anda sendiri mahukan telefon yang warnanya sangat menawan.

Jawapannya pada Vivo V11i berwarna Fairy Pink dan ia sudahpun mula dijual hari ini pada harga jualan RM1,299 di Vivo Concept Stores, Vivo Store (www.vivostore.com.my), Lazada, 11 street dan Shopee.

Vivo V11i hadir dengan kamera AI yang membantu pengguna merakam gambar dengan sempurna dalam sebarang keadaan, selain turut membolehkan sesiapa saja mengambil imej hebat dengan mudah.

Telefon pintar itu mempunyai kombinasi kamera belakang 16MP + 5MP yang unggul. Kedua-duanya dikawal oleh algoritma AI yang kuat, di samping keupayaan untuk menghasilkan kesan bokeh artistik dengan mudah.

V11i juga dilengkapi dengan mod AI Backlight, mod AI Low light, AI Scene Recognition dan AI Portrait Framing yang memberikan pengguna cara lebih mudah untuk merakam setiap detik. Ia hadir dengan memori 4GB dan storan 128GB, serta teknologi Fast Charging supaya bateri dapat diisi dengan cepat semula.

Selain itu, skrin yang digunakan sebesar 6.4 inci dan hadir dengan paparan skrin penuh Halo dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 90.4 peratus.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook, Instagram, Twitter dan saluran Youtube rasmi Vivo Malaysia.

 

Apa komen anda?