7 intipati berkait teknologi dalam Belanjawan 2019

Share Button

Syarikat luar negara berkaitan perkhidmatan teknologi seperti Steam, Netflix dan Spotify perlu mendaftar berdaftar dengan Kastam dan mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. 

Contoh perkhidmatan ini termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital.

Langkah percukaian ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negeri.

Ia antara intipati Belanjawan 2019 berkaitan teknologi yang digariskan Kerajaan.

Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

Untuk menggalakkan perkembangan ekonomi digital, Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion. Pelan ini bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif. Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi disasarkan mencapai 30 Mbps di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh 5 tahun bagi membolehkan Malaysia mencapai infrastruktur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan. Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya 25% pada hujung tahun 2018.

Selain  itu, Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tahun 2019 hingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0. Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Readiness Assessment untuk membantu 500 buah syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) beralih kepada teknologi Industri 4.0.

Selain itu, Kerajaan melalui BPMB akan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri (Industry Digitalisation Transformation Fund) dengan saiz dana RM3 bilion dengan insentif subsidi kadar faedah 2%. Dana ini bertujuan merancakkan industri untuk menerap teknologi pintar merangkumi robotik dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).

Bagi terus menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau, dana sebanyak RM2 bilion akan disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah 2% bagi tempoh lima tahun pertama.

Apa komen anda?