Zizan muka depan Honor 8X

Share Button

Jenama e-telefon pintar terkemuka Malaysia, Honor, mengumumkan pelakon, pelawak, penyanyi serta pengacara terkenal Zizan Razak sebagai duta rasmi model terbarunya, Honor 8X yang akan dilancarkan pada 9 Oktober nanti.

“Saya amat terharu dapat menjadi duta Malaysia untuk Honor 8X,” kata Zizan.

Menurutnya, Honor 8X mempunyai tagline yang sangat menarik dan berani iaitu ‘Beyond Limits.’

“Bagi mereka yang mengikuti perjalanan karier saya pasti tahu yang saya selalu mencabar diri selain hanya bergelar penghibur dan artis di televisyen. Tagline itu mengingatkan tentang apa yang sudah saya kecapi hari ini dan berbangga untuk membawa imej ini supaya semua orang berani mencabar diri mereka,” tambah pelawak terkenal itu.

Peminat boleh menonton Zizan ‘live’ pada pelancaran Honor 8X menerusi laman Facebook rasmi Honor Malaysia pada 9 Oktober ini.

Apa komen anda?