Xiaomi lancar telefon dengan RAM 10GB pertama di dunia

Share Button

Xiaomi melancarkan model Mi Mix 3, sebuah telefon flagship tanpa ‘notch’ di depan dengan cubaan untuk menewaskan Vivo NEX atau Oppo Find X.

Tanpa notch, kamera depan akan muncul dengan cara mekanikal lungsur naik pada badan belakang sama menyamai cara Oppo Find X.

Berdasasrkan nisbah skrin-ke-badan 93.4%, paparan di bahagian bawah berjaya dikurangkan hamper 4.5mm berbanding Mi Mix 2S.

Mi Mix 3 mempunyai skrin OLED 6.4 inci 1080p dengan jumlah 4 kamera keseluruhannya iaitu 12MP+12MP di belakang dan 24MP+2MP di depan dengan ciri pengimbas cap jari turut disediakan di belakang.

Ia mempunyai prosesor Snapdragon 845 dengan RAM 10GB selain pengecas pantas 10W tanpa wayar.

Selain rangkaian 4G, Mi Mix 3 juga tersedia dengan rangkaian 5G bergantung kepada syarikat telekomunikasi yang menawarkan capaian tersebut.

Selain 10GB, terdapat versi 6GB dan 8GB.

Harga anggaran ditawarkan Mi Mix 3 termasuk:

RM1,980 (6GB+128GB)

RM2,400 (8GB+256GB)

RM3,000 (10GB+256GB)

Apa komen anda?