Warna baru Huawei Nova 3 cantik

Share Button

Selepas kehadiran HUAWEI nova 3 di pasaran pada Julai lalu, syarikat multinasional China yang berpangkalan di Shenzhen itu semalam memperkenalkan edisi eksklusif nova 3 berwarna Primrose Gold.

Sentuhan eksklusif itu dibuat sebagai usaha untuk memenuhi permintaan pengguna selain membolehkan jenama berkenaan menjadi lebih fleksibel dalam mengekspresikan sisi seninya.

“Misi kami adalah untuk sentiasa memastikan keperluan pengguna dipenuhi, secara tidak langsung membuktikan kesungguhan kami dalam memberikan gaya dan rupa yang lebih segar,” kata Timbalan Pengarah HUAWEI Malaysia, Matthew Ng.

Selain Primrose Gold, HUWAEI nova 3 turut terdapat dalam tiga tona warna iaitu, Ungu Iris, Hitam dan Merah.

Peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 970 bersama memori 6GB dan storan sebesar 128GB. Bagi aspek kamera pula, ia direka dengan teknologi AI terbaru dan empat kamera AI 24 megapiksel bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman berswafoto yang luar biasa.

HUAWEI nova 3 Primrose Gold boleh didapati dengan harga RM1,919 di semua rangkaian kedai HUAWEI, secara atas talian dan pembekal perkhidmatan mudah alih Digi.
Menariknya, setiap pembelian model itu hadir bersama Kad Hadiah Privilege PERCUMA dengan ganjaran bernilai sehingga RM1,000.

Apa komen anda?