Time, jalur lebar fiber paling murah setakat ini

Share Button

TIME dotCom Bhd muncul syarikat telekomunikasi tempatan pertama menyediakan perkhidmatan jalur lebar berasaskan gentian optik paling murah dengan pelancaran Time Fiber Broadband berkelajuan 100 Megabit persaat (Mbps) pada harga hanya RM89.

Kelajuan sedia ada juga ditambah dari 100Mbps kepada 500Mbps manakala kelajuan 300Mbps dan 500Mbps dilajukan kepada 1Gbps.

Perkhidmatan Time Fiber Broadband ditawarkan dalam tiga pakej iaitu 100Mbps pada harga RM99 sebulan, 300Mbps (RM149 sebulan) manakala 500Mbps pada RM199 sebulan.

Ia boleh didapati dengan kontrak 12 bulan atau 24 bulan.

Apa komen anda?