Teka teki Samsung Galaxy A9

Share Button

Samsung melancarkan model telefon pertengahan, Galaxy A9 dengan empat kamera.

Uniknya, telefon pintar itu menampilkan tiga kamera belakang, selain memiliki reka bentuk menarik dan ciri-ciri penting bagi kegunaan dan kemudahan pengguna.

Kamera tersebut jenis 24MP AF, F1.7, telephoto : 2X optical zoom, 10MP AF, F2.4, Ultra Wide : 120°, satu lagi lensa 8MP, F2.4 dan satu lagi Depth : 5MP, F2.2.

Manakala kamera depan 24MP, F2.0.

Jangan lepaskan peluang untuk merakam gambar menggunakan lensa kamera belakang Galaxy A9 ultra lebar 120 darjah 8MP yang mampu memberikan sudut pandang sama dengan mata manusia, membuatkan pemandangan atau objek yang dirakam persis seperti yang dilihat dalam imej sudut lebar tanpa had.

Kamera ini juga menggunakan teknologi canggih seperti Live Focus yang membolehkan anda mengawal kedalaman fokus lensa dengan membenarkan anda menukar kesan bokeh untuk mendapat gambar yang lebih menarik.

Bukan itu saja, kamera Galaxy A9 tetap mampu menghasilkan imej yang cantik tidak kira sama ada cahaya terang ataupun kurang. Ini kerana dalam keadaan cahaya yang kurang, lensa 24MP secara automatik akan menyalurkan lebih banyak cahaya dengan menggabungkan empat piksel menjadi satu.

Galaxy A9 terdapat dalam empat warna menarik untuk disesuaikan dengan gaya peribadi anda iaitu biru, emas, hitam dan merah jambu. Direka untuk membuatkan hidup anda lebih mudah, Galaxy A7 didatangkan bersama Bixby, Samsung Pay dan Samsung Health.

Ia mempunyai skrin 6.3” Full HD+ Super AMOLED, 1080×2220.

Telefon ini datang dengan RAM 6GB serta ROM 128GB.

Harga dan jualan hanya akan didedahkan bulan depan.
                

               

Apa komen anda?