Syarikat Singapura minat tawar Internet fiber murah di Malaysia?

Share Button

Syarikat milik kerajaan Singapura, Singtel dikhabarkan syarikat telekomunikasi yang berminat menawarkan produk jalur lebar fibernya di Malaysia dengan harga murah.

Singtel juga dikatakan bersedia untuk melabur prasarana di Semenanjung Malaysia.

Di Singapura, Singtel mempunyai solusi keseluruhan lengkap dari khidmat mudah alih ke talian tetap dengan tawaran fiber minimum 1Gbps, 2Gbps dan 1Gbps.

Harga 1Gbps yang ditawarkan Singtel kira-kira RM135.

Singtel tidak asing lagi dalam penyediaan fiber dan turut bersama Telekom Malaysia Bhd (TM) serta 13 syarikat telekomunikasi terkemuka lain dunia bekerjasama membentuk konsortium membina SEA-ME-WE 5, sistem kabel dasar laut termaju dunia sepanjang 20,000 kilometer yang menghubungkan tiga benua iaitu Eropah, Afrika dan Asia.

Sistem kabel itu akan menghubungkan trafik data komersial ke 18 negara bermula di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman, Arab Saudi, Mesir, Itali dan berakhir di Perancis.

SEA-ME-WE 5 mampu membawa kapasiti jalur lebar lebih tinggi mencecah 24 Tera bit sesaat (Tbps) disokong teknologi gentian optik termaju 100Giga lambda berbanding 40Giga lambda bagi SEA-ME-WE 4 dan SEA-ME-WE 3.

Dengan itu, pengguna akan menikmati pengalaman melayari internet yang jauh lebih baik, pantas dan berkualiti tinggi yang mana transmisi teknologi 100GB itu menyamai keupayaan menghantar 4,800 filem berdefinisi tinggi (HD) secara serentak.

Apa komen anda?