Samsung Galaxy Note9 sesuai untuk strim

Share Button

Samsung Galaxy Note 9 mempunyai paparan 6.4 inci Super AMOLED Infinity yang memberikan pengguna dengan pengalaman multimedia yang luar biasa selain pembesar suara stereo AKG Harmon menyesuaikan bunyi keliling pintar.

Hasilnya, bermain game pada phablet ini menjadikannya seakan bermain dalam bilik penuh aksi ataupun sudah pasti dengan trend menonton strim video ‘online’ sekarang, ia membantu memperdengarkan audio dengan lebih jelas.

Anda ada Netflix dan iflix, kalau tak cukup elok juga muat turun semua video terus dalam Samsung Galaxy Note9.

Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan Note9.

Tapi janganlah risau, dengan saiz sampai 512GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.

Apa komen anda?