Samsung Galaxy A7, jelmaan S9

Share Button

Samsung Galaxy A7 – model penting dari siri Galaxy A. Jom lihat pandangan awal TheSkop.com tentangnya.

Uniknya, telefon pintar itu menampilkan tiga kamera belakang, selain memiliki reka bentuk menarik dan ciri-ciri penting bagi kegunaan dan kemudahan pengguna.

Jangan lepaskan peluang untuk merakam gambar menggunakan lensa kamera belakang Galaxy A7 ultra lebar 120 darjah 8MP yang mampu memberikan sudut pandang sama dengan mata manusia, membuatkan pemandangan atau objek yang dirakam persis seperti yang dilihat dalam imej sudut lebar tanpa had.

Kamera ini juga menggunakan teknologi canggih seperti Live Focus yang membolehkan anda mengawal kedalaman fokus lensa dengan membenarkan anda menukar kesan bokeh untuk mendapat gambar yang lebih menarik.

Bukan itu saja, kamera Galaxy A7 tetap mampu menghasilkan imej yang cantik tidak kira sama ada cahaya terang ataupun kurang. Ini kerana, dalam keadaan cahaya yang kurang, lensa 24MP secara automatik akan menyalurkan lebih banyak cahaya dengan menggabungkan empat piksel menjadi satu.

Pengguna juga tidak perlu risau mencari cahaya yang ideal untuk merakam gambar atau swafoto pada siang hari dengan adanya kamera hadapan dan flash LED mudah laras. Bagi yang sukakan keceriaan pada gambar swafoto bebas mengekspresikan diri dengan menambah kesan emoji dan filter.

Skrin Galaxy A7 menggunakan paparan Super AMOLED berukuran 6.0 inci. Menariknya, ia menggunakan teknologi bunyi Dolby Atmos, yang membolehkan pengguna merasai keseronokan berganda.

Berbicara mengenai gaya, Galaxy A7 tidak berkompromi apabila badan belakang peranti itu diperbuat daripada kaca dan sensor cap jari yang terletak di sisi untuk lebih memudahkan pengguna.

Galaxy A7 terdapat dalam tiga warna menarik untuk disesuaikan dengan gaya peribadi anda iaitu biru, hitam dan keemasan. Direka untuk membuatkan hidup anda lebih mudah, Galaxy A7 didatangkan bersama Bixby, Samsung Pay dan Samsung Health.

Ia akan dilancarkan pada minggu depan.

a

Apa komen anda?