[REVIU] Xiaomi Mi 8, berbaloi tak beli?

Share Button

Xiaomi Mi 8 dikeluarkan pada Jun lalu dengan harga berpatutan – separuh daripada harga yang ditawarkan jenama pesaing lain dari aspek ‘flagship’. Kemunculan Mi 8 dianggap sebagai alternatif yang berpotensi untuk bersaing dengan kebanyakan syarikat gergasi dalam industri ini. Artikel ini sedikit ulasan mengenai reka bentuk dan perisian yang membentuk jiwa peranti ini.

Reka bentuk

Xiaomi Mi 8 kelihatan seakan iPhone X. Dari kedudukan dual kameranya sehingga kepada saiz notch termasuk gril pembesar suara, sukar untuk membezakan kedua-duanya. Sebelum ini beberapa jenama telefon pintar didakwa meniru Apple, tetapi model Mi 8 ini dilihat mempunyai persamaan paling hampir setakat ini. Malah, perisiannya juga nampak sama.

Badan Mi 8 diperbuat daripada Gorilla Glass 5 yang tahan pecah tetapi mudah calar. Semua butang telefon pintar itu terletak di sebelah kanan. Butang kuasa pula berada sedikit di atas tengah frame sementara butang volume terletak di atasnya.
Tempat letak kad SIM berada di sebelah kiri atas peranti dan pengimbas cap jari pula berada di tengah belakang peranti.

Paparan
Telefon pintar ini hadir dengan skrin sebesar 6.21 inci dan mempunyai resolusi 1080 x 2248 dengan 402ppi. Xiaomi juga nampaknya bijak menggunakan paparan HDR untuk mendapatkan suasana terang.
Daripada meninggikan kecerahan skrin, telefon pintar itu dengan mudah membolehkan mode HDR mencerahkan kawasan gelap pada skrin.
Xiaomi menggelarnya ‘Sunlight Display’ dan ia bertujuan untuk memastikan warna lebih tepat ketika berada di bawah cahaya matahari dan menjimatkan jangka hayat bateri.

Prestasi

Xiaomi Mi 8 berfungsi dengan baik. Sukar untuk berbicara mengenainya kerana kebanyakan telefon pintar mewah lain juga mempunyai prestasi hampir sama.

Peralatan

Rasanya hampir setiap model telefon pintar sekarang ini mempunyai Qualcomm Snapdragon 845, begitu juga Mi8. Ditambah pula 6 atau 8GB RAM, telefon ini seiring dengan jenama terbaru di pasaran dengan kapasiti storan sehingga 256GB.

Bateri Mi8 mempunyai jangka hayat sama seperti OnePlus 6 iaitu sebesar 3,3000mAH. Ia juga tidak mempunyai penyambung fon kepala – yang menjadi standard kebanyakan telefon pintar hari ini. Bagaimanapun, Mi 8 menggunakan Bluetooth 5.o jika anda mempunyai fon kepala yang boleh menyokongnya.

Kamera

Agak sedikit kecewa kerana kamera pada peranti ini kurang berfungsi dengan sangat baik tapi walaupun bukan sebaik kamera Samsung dan jenama lain, tetapi ia menghasilkan ketajaman dan jarak dinamik pada hampir setiap situasi. Sesuailah rasanya dengan harga jualan.

Mod protret menggunakan kamera belakang masih banyak perlu diperbaharui, tetapi kamera depan yang ditambah dalam MIUI 10.0 sebenarnya berfungsi dengan agak baik.

Perisian
Xiaomi adalah syarikat yang diasaskan berdasarkan perisian. MIUI pada asalnya merupakan ROM dari Android yang direka untuk bersaing dengan CyanogenMod yang popular pada ketika itu. Malah sehingga kini, Xiaomi mengemas kini perisian mingguannya untuk itu dan setiap dua minggu untuk pengguna biasa. Ia menambah ciri-ciri baru berdasarkan hampir apa yang pengguna inginkan.

Ini menjadikan perisian itu sama sekali berbeza. Xiaomi jelas serius dalam mengambil kira permintaan pengguna dengan meningkatkan MIUInya. Kemaskini terbaru MIUI 10 masih berdasarkan Android 8.1 Oreo, tetapi ia cuba untuk memberikan perasaan seperti Android 9.0 Pie dengan menambah beberapa eleman di seluruh UI.

Harga dan ketersediaan
Harga Mi8 bermula pada RM1,679 untuk 6GB RAM dan 64GB storan. Untuk model dengan storan sebesar 128GB pula berharga RM1,999.
Kesimpulannya, Mi 8 bukanlah peranti yang menarik tetapi ia telefon pintar yang baik dan mempunyai prestasi serta ciri yang agak memuaskan.

Apa komen anda?