REVIU Realme 2: Peranti notch yang lebih murah

Share Button

Apabila Oppo memperkenalkan sub-jenamanya Realme awal tahun ini, sedikit sebanyak
menunjukkan ia bakal menjadi pesiang kepada Xiaomi yang sudah sekian lama menjadi
peneraju peranti mampu milik di pasaran. Bagaimanapun adakah ia berbaloi untuk dimiliki? Ini ulasan mengenai ciri yang ada padanya.

Reka bentuk
Realme 2 mempunyai reka bentuk yang berkilat. Telefon pintar itu hadir dengan badan logam kemasan matte yang diapit di antara kaca di bahagian depan dan belakang. Dari segi rekaan, ia akan mirip dengan model sebelumnya, Realme 1 dan Oppo F9 Pro. Seperti Realme 1, ia juga hadir dengan reka bentuk potongan berlian. Peranti itu seberat 168 gram dengan dimensinya (dalam milimeter) 156.2 x 75.6 x 8.2 (ketinggian – lebar – ketebalan).

Di sebelah kiri peranti itu terdapat slot kad dwi nano-SIM dan butang volume, manakala di sebelah kanan pula terdapat butang kuasa. Panel kaca di bahagian belakang mempunyai reka bentuk potongan berlian dengan dwi warna skema hitam dan biru dan menempatkan
dwi kamera 13MP + 2MP dengan LED flash di atas sebelah kiri dan sensor cap jari di top
middle. Logo ‘Realme’ boleh dilihat di bawah peranti itu.

Peranti itu boleh dipegang dengan selesa menggunakan satu tangan dan tidak akan tergelincir dari genggaman. Kemasan matte di sisi badan peranti itu sebenarnya membantu memegangnya dengan selamat ketika mengambil gambar.

Paparan
Realme 2 memaparkan paparan HD+ 6.2 inci dengan nisbah skrin ke badan peranti 88.8
peratus, sementara resolusinya 1520 x 720 piksel dan nisbah aspek 19:9. Ia menyokong 16.7 juta warna skrin. Ciri Kecerahan Automatik memastikan kecerahan optimum di tempat terbuka dan tertutup. Terdapat tetapan Night Sheild menukar ke warna redup bagi membantu mengurangkan pembiasan cahaya biru berbahaya. Warna paparan tajam tetapi tidak kuat. Secara keseluruhannya, paparan bukan sesuatu yang luar biasa tetapi tidak mengecewakan anda juga.

Prestasi
Dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 1.8GHz 14nm (SDM) 450 dan
Adreno506 GPU, peranti ini hadir dengan memori 4GB dan storan 64GB yang boleh
dipertingkat sehingga 256GB menggunakan microSD. Selain model 4GB+64GB, peranti itu
juga hadir dengan model 3GB+32GB.

Telefon pintar ini menggunakan sistem operasi ColorOS 5.1 yang berasaskan Android 8.1.0
Oreo. Pilihan sambungan yang tersedia adalah 4G VoLTE, GPS, Bluetooth, Wi-Fi dan OTG. Antara sensor yang ada termasuk sensor cahaya, sensor G, sensor pecutan, sensor induksi magnetik dan sensor jarak.

Untuk navigasi susun atur utama pilihan, anda boleh memilih Virtual Key Navigation dan
Swipe-up Gesture Navigation. Pengguna tidak akan berdepan sebarang masalah ketika
menggunakan ColorOS 5.1.

Peranti ini dilengkapi dengan beberapa ciri mesra pengguna seperti yang berada di bawah
tetapan Smart & Convenient. Dengan ciri Full Screen Multitasking, meleret ke dalam dari tepi
kawasan berlekuk membolehkan akses cepat ke aplikasi. Untuk menggunakan ciri ini, telefon
perlu berada dalam mod landscape. Terdapat juga ciri 3-Finger Screenshot yang memerlukan
anda meleret ke bawah dengan tiga jari untuk mengambil screenshot. Beberapa ciri lain yang ada seperti Assistive Ball, Smart Driving, Smart Call dan Smart Assistant.

Terdapat juga tetapan Clone Phone yang membantu anda memindahkan semua data
dari satu telefon ke peranti lain, manakala ciri Clone Apps membenarkan anda menggunakan
dua akaun media sosial secara serentak dari satu telefon.

Peranti ini menawarkan pilihan log masuk yang selamat seperti sensor cap jari, buka kunci wajah dan kod laluan. Selain itu, ciri Smart Lock membolehkan anda membiarkan peranti itu tidak berkunci ketika berada di lokasi selamat seperti rumah, pejabat dan lain-lain. Kesemua ciri keselamatan berfungsi dengna baik.

Audio telefon pada pembesr suara boleh disyorkan untuk menonton video di dalam bilik.
Bagaimanapun, ia tidak disyorkan untuk menonton filem atau mendengar muzik kerana bunyi
latar belakang mula mengganggu apabila volume dinaikkan. Untuk itu, anda perlu
menggunakan fon telinga atau kepala.

Bagi penggemar game pula, peranti itu mempunyai tetapan Realme Game Space yang
memudahkan pengguna bermain game dengan bantuan ciri seperti Gaming Acceleration,
Network Protection dan No Disturbance.

Kamera
Sebaik kamera peranti dipasang, anda dengan mudah dapat melihat pilihan cepat seperti
HDR, Time-Lapse, Video, Foto, Potret, Sticker dan Pano. Anda tidak perlu menekan sebarang ikon pada skrin untuk mendapatkan pilihan. Kamera di bahagian belakang boleh di zoom sehingga dua kali. Selain itu anda boleh merakam dalam mod Standrad, Square dan Skrin Penuh serta menukar kesan kedalaman mengikut kehendak anda.

Ketika siang hari, dwi kamera belakang 13MP+2MP memberikan anda shot yang agak jelas
dan tajam. Objek jauh di latar belakang seperti pokok dan kenderaan agak tidak jelas dan hanya boleh dilihat apabila imej itu di zoom. Realme 2 menggunakan teknologi PDAF, yang menurut honor mengurangkan masa yang diambil untuk memfokus ketika mengambil gambar. Jika mengambil gambar di dalam rumah menggunakan kamera belakang, walaupun dalam
suasana terang benderang boleh menjadi sedikit kabur.

Mengambil swafoto di luar pada waktu malam agak mengecewakan. Walaupun
memasang Flash, imej tetap menjadi kabur, dengan warna atau imej bercampur satu sama
lain.

Apabila menggunakan kamera di bahagian hadapan di tempat terbuka mahupun tertutup,
swafoto yang diambil jelas tetapi kurang tajam. Apanbila menggunakan pengindahan AI
(menawarkan enam peringkat untuk mencantikkan imej), pengaliran gambar sedikit tidak
lancar apabila imej itu di zoom keluar. Dalam mod video, anda boleh merakam video pada kualiti 1080p dan 720p. Video yang diambil ketika siang hari agak jelas tetapi tidak pada waktu malam.

Jangka hayat bateri
Peranti ini hadir dengan bateri 4230mAh. Untuk satu pengecasan lengkap, dari kosong
hingga penuh, peranti ini mengambil masa tiga jam. Jika tidak kerap digunakan – contohnya
hanya bermain game dua hingga tiga jam, menonton video selama satu hingga dua jam,
menghantar e-mail, menyemak media sosial sekitar dua jam, ia mampu bertahan kira-kira
sehari setengah. Sebaliknya jika digunakan dengan kerap, ia hanya bertahan sehingga
sembilan ke 10 jam.

Kesimpulannya
Untuk telefon pintar ini berjaya dalam kategori di mana adanya persaingan sengit, masih banyak yang perlu diperbaiki. Bagi Realme 2 yang mempunyai bateri 4230mAh, itu mungkin kekuatannya. Bagaimanapun, apabila menyentuh mengenai aspek lain, tidak banyak yang menonjol. Aspek reka bentuk tiada yang luar biasa tetapi pada masa sama ia memberikan prestasi yang agak mengagumkan. Dari segi harganya pula, jika anda bukan seorang yang gemar menggunakan kamera dan mahu model telefon pintar yang mampu milik dengan jangka hayat bateri yang lama, Realme 2 merupakan pilihan terbaik. Jika tidak pun, pilihan lain seperti Xiaomi dan Honor juga ada.

Apa komen anda?