[REVIU] Headset Gamdias yang selesa tapi baguskah secara ‘overall’?

Share Button

Memerlukan fon telinga (headset) yang murah dan berkualiti hebat. Sam cadangkan Gamdias Hebe M1.

Fon telinga berwayar ini dihubungkan ke peranti lain menggunakan sambungan jek 3.5mm yang siap terbina di dalam. Bagaimanapun, ia tidak menutup keseluruhan telinga tapi cuma permukaan saja.

Bahan yang digunakan Gamdias pada cekak dan engsel diperbuat daripada alumnium tahan karat bermutu tinggi bagi memastikan ketahanannya untuk jangka masa panjang selain penggunaan aktif setiap hari.

Cekak juga ringan dengan lapisan kusyen yang selesa kepada pengguna turut boleh diubah mengikut panjang diperlukan.

Dengan rekaan yang ringan, beban hanya dirasai pada pad atau cuping fon kepala itu sendiri walaupun kusyen pada cekak tidak terlalu tebal. Rekaannya juga mesra pemakai kaca mata.

Bagi menghubungkan fon telinga ini dengan peranti lain, sudah pasti anda memerlukan jek 3.5mm tapi kalau mahu bermain game di fon seperti Rules of Survival dan Mobile Legends pun, Gamdias ini memang sesuai.

Hanya tekan butang di tepi fon telinga dan tahan sehingga ia berkelip warna mengikut kesesuaian namun pilihannya agak terhad.

Selain itu, anda tidak mendengar arahan suara yang memaklumkan kepada penggunanya apabila ia sedang mencari isyarat sambungan.

Pada cuping kiri kanan Gamdias Hebe M1 ini, terdapat butang yang minimum manakala lampu LED akan menyala jika ia aktif.

Lampu LED pula menyala jika sambungan sedang dan berjaya dilakukan.

Port USB untuk mengecas berada di cuping kanan manakala di cuping kiri terdapat port audio 3.5mm untuk sambungan wayar dan butang kawalan terdapat pada kotak khas pada kabel fon telinga ini.

Ia mempunyai butang kuasa, sambung, mikrofon, volum dan lampu dengan sentuhan mudah capai.

Sentuh di bahagian atas untuk memainkan atau menghentikan lagu buat seketika manakala butang + untuk menguatkan bunyi atau pergi ke lagu seterusnya jika ditekan lama.

Butang di sisi pula untuk memperlahankan bunyi dan kembali ke lagu sebelumnya jika lama ditekan.

Kualiti audio yang dihasilkan Gamdias Hebe M1 ini berada di tahap lebih baik daripada yang biasa di pasaran.

Cuma bunyi bass saja yang sedikit kurang umph.

Penguji juga boleh membuat panggilan dengan fon telinga ini apabila ia turut dilengkapi mikrofon dan ia sangat jelas.

Harga pasaran bagi fon telinga ini sekitar RM180 hingga RM250 sekarang.

Apa komen anda?