[PREVIU] Razer Phone 2, adakah berbaloi?

Share Button

Razer Phone 2 baru saja diperkenalkan. Jom tengok sikit previu yang Sam TheSkop lihat.

Ia merupakan generasi terbaru dari model sebelumnya yang dikeluarkan tahun lalu. Mungkin ada yang ingin tahu sekiranya ada pembaharuan dibawa jenama gaming popular itu.

Jika dilihat dari luarannya, tidak banyak perbezaan ketara dengan model terdahulu.

Ia mempunyai paparan yang sama iaitu 5.72 inci dengan panel IGZO LCD berserta resolusi 2560×1440. Untuk model ini, Razer telah meningkatkan kecerahan skrinnya sehingga 50 peratus lebih tinggi selain turut menyokong HDR.

Di bahagian depan peranti itu terdapat dua pembesar suara dalam kedudukan sama dengan generasi sebelum ini, begitu juga kamera dan sensor.

Kamera depannya 8 megapiksel dengan lensa sudut lebar f/2.0, yang mampu merakam gambar pada kualiti 1080p60.

Peranti ini juga menggunakan ciri pelindung yang baik iaitu Corning Gorilla Glass 5 sementara model lama menggunapakai Corning Gorilla Glass 3, yang membantu mengaktifkan Pengecas Tanpa Wayar Qi termasuk QuickCharge 4+ melalui kabel Type-C.

Di bahagian belakangnya pula, terdapat dwi kamera – kali ini berada di tengah peranti hanya di atas logonya. Dwi kamera itu hadir dengan kamera utama Sony IMX363 20 megapiksel (lensa sudut lebar f/1.75) bersama OIS dan telefoto Sony IMX 351 8 megapiksel (lensa sudut lebar f/2.6) untuk membolehkan beberapa fungsi zoom tambahan.

Selain itu, ia mampu merekod gambar pada kualiti 4K60 atau 1080p120 walaupun bukan dalma HDR.

Untuk spesifikasi lain, peranti itu hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 dan didukung oleh vapor chamber cooling, bagi mengekalkan suhu pada tahap optimum.

Peranti ini dijana dengan 8GB memori LPDDR4X dan 64GB storan. Razer hanya akan menghasilkan satu peringkat tempat penyimpanan tetapi terdapat slod kad MikroSD bagi pengguna yang mahuan lebih ruang simpanan. Seperti sebelumnya, Razer sekali lagi menggunakan bateri 4000mAh.

Pendapat peribadi, tiada perubahan ketara berbanding model pertama kecuali jika anda mahu cas tanpa wayar. Selain itu, boleh-boleh lah!

Fon ini juga mungkin tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Apa komen anda?