[PREVIU] 7 foto terbaik menggunakan Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL

Share Button

hour

Pixel 3 dan Pixel 3 XL Google hadir dengan skrin besar dan kamera terbaik setakat ini

Google baru saja melancarkan telefon pintar Android terbarunya, Pixel 3 dan Pixel 3 XL dalam satu acara media di New York hari ini. Meskipun berlaku kebocoran imej sebelum ini, orang ramai akhirnya dapat melihat sendiri keseluruhan peranti baru itu dan ciri perisian baru eksklusif yang terdapat padanya.

“Untuk kemudahan di mana saja, kami mereka kamera terbaik di dunia dan meletakkannya pada telefon pintar paling berguna di dunia,” kata ketua bahagian perkakasan Google, Rick Osterloh.

Pixel 3 akan dijual pada harga $799 (RM3,318.57) untuk 64GB manakala 3 XL $899 (RM3,733.91). Bagaimanapun, pengguna boleh memilih peranti yang mempunyai storan lebih besar iaitu 128GB dengan menambah $100 (RM415.48). Kedua-dua peranti itu menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845 dengan 4GB RAM, Bluetooth 5.0 dan hadir dengan pembesar suara stereo di bahagian depan. 

Juga terdapat di dalamnya cip keselamatan Titan M terbaru, yang menurut Google memberi perlindungan kepada peranti untuk butiran log masuk, penyulitan cakera, data aplikasi dan integriti sistem operasi.

Pixel 3 dan 3 XL menampilkan skrin yang lebih besar daripada model sebelum ini. Pixel 3 XL mempunyai paparan 6.3 inci sementara Pixel 3 5.5 inci. Bagaimanapun, secara keseluruhannya peranti sebenar mempunyai saiz yang serupa.

Tidak mahu mengikut trend dengan memasang dwi kamera di belakang, Google kekal menggunakan satu kamera belakang 12.2 megapiksel pada kedua-dua peranti itu. Tetapi berbeza dengan yang di hadapan, Pixel 3 dan 3 XL hadir dengan dua kamera – menawarkan pandangan lebih luas supaya lebih ramai orang muat dalam satu swafoto.

Pixel 2 memperoleh reputasi sebagai kamera terbaik daripada mana-mana telefon pintar. Oleh itu Google berusaha membawa momentum itu ke hadapan dengan ciri perisian baru yang dapat meningkatkan prestasi kamera dengan tambahan AI. 

Terdapat tiga ciri perisian baru iaitu Top Shot, Super Res Zoom dan Night Shot. Top Shot membolehkan pengguna memilih imej terbaik daripada beberapa siri shot yang diambil. Ia akan membuang semua imej yang kabur atau ditangkap ketika mata seseorang berkedip.

Super Res Zoom pula menggunakan beberapa frame dan AI untuk memberikan imej tajam walaupun tanpa zoom optikal. Ia secara automatik merakam swafoto apabila anda senyum ataupun membuat muka kelakar.

Sementara Night Shot menjanjikan prestasi cahaya rendah yang lebih baik daripada telefon pintar lain – Google secara langsung membandingkannya dengan iPhone XS.

Model terbaru Pixel mampu mengecas 10 watt tanpa wayar
Buat pertama kali Pixel menggunakan pengecasan tanpa wayar (sehingga 10 watt). Google memperkenalkan tempat letak pengecasan sendiri – Pixel Stand berharga $79 (RM328.24) sebagai aksesori pilihan. Peranti akan mengenal pasti apabila diletakkan pada pengecas dan menunjukkan unsur UI seperti maklumat daripada Pembantu Google.

Pembantu Google boleh menjawab telefon untuk menyiarkan pemanggil spam dan memberikan transkripsi perbualan Pixel 3 memperkenalkan ciri yang akan membolehkan Pembantu Google menyiarkan panggilan spam dan membenarkan anda memilih sama ada untuk menyekat atau mendapat peringatan untuk menghubungi semula. Selain itu, peranti itu juga mampu menjawab sendiri dan menyediakan transkrisi apa yang dikatakan pemanggil yang disyaki spam.

Pengguna yang tidak sabar mendapat kedua-dua model terbaru itu boleh mula membuat pra tempahan bermula hari ini dan boleh menikmati perkhidmatan Muzik Youtube secara percuma selama enam bulan. Pixel akan secara rasmi dilancarkan pada 18 Oktober nanti.

Saksikan enam foto terbaik Google Pixel 3 dan 3 XL.

Apa komen anda?