Perbandingan 4 telco fiber di Malaysia, apa yang anda perlu fikirkan sebelum langgan

Share Button

Perbandingan 4 telco fiber di Malaysia, apa yang anda perlu fikirkan sebelum langgan?

Telco Pelan Kelajuan Harga Ciri
TM (Streamyx) 1Mbps 1Mbps RM110
  • Muat turun hingga 1Mbps
  • Muat naik hingga 384Kbps
2Mbps 2Mbps RM130
  • Muat turun hingga 2Mbps
  • Muat naik hingga 384Kbps
4Mbps 4Mbps RM140
  • Muat turun hingga 4Mbps
  • Muat naik hingga 512Kbps
8Mbps 8Mbps RM160
  • Muat turun hingga 8Mbps
  • Muat naik hingga 512Kbps
TM (unifi) unifi Basic plan 30Mbps RM79
  • Kuota 60GB
  • Muat turun hingga 30Mbps
  • Muat naik hingga 10Mbps
unifi plan 100Mbps RM129
  • Kuota tanpa had
  • Muat turun hingga 100Mbps
  • Muat naik hingga 50Mbps
Time 100Mbps RM99
  • Kuota tanpa had
  • Muat turun hingga 100Mbps
500Mbps RM139
  • Kuota tanpa had
  • Muat turun hingga 500Mbps
1Gbps RM199
  • Kuota tanpa had
  • Muat turun hingga 500Mbps
Maxis MaxisONE Home Fibre 30Mbps RM89
  • Kuota tanpa had
  • Muat turun hingga 30Mbps
  • Muat naik hingga 30Mbps
100Mbps RM129
  • Kuota tanpa had
  • Muat turun hingga 100Mbps
  • Muat naik hingga 50Mbps
Celcom Home Fibre Gold 40Mbps RM80
  • Kuota tanpa had
Home Fibre Gold Supreme 100Mbps RM120
  • Kuota tanpa had

 

Terdapat empat pembekal jalur lebar fiber utama di Malaysia hari ini seperti TM Unifi, Maxis, Celcom dan Time.

Unifi, perkhidmatan jalur lebar milik Telekom Malaysia menawarkan Internet dengan kelajuan 100Mbps pada harga RM129 sebulan (unifi plan) dan 30Mbps untuk RM79 sebulan (unifi Basic plan).

Bagi pelanggan unifi plan, mereka akan memperoleh muat turun sehingga 100Mbps dan muat naik 50Mbps pada kuota tanpa had.

Bagi unifi Basic plan, ia ditawarkan dengan muat turun sehingga 30Mbps dan muat naik sehingga 10Mbps tetapi mempunyai kuota 60GB.

Pada 20 Ogos lepas, Maxis menjadi pembekal Internet pertama melancarkan pelan jalur lebar gentian dengan harga berpatutan untuk pengguna.

MaxisONE Home Fibre menawarkan dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan kebolehpercayaan pelanggan berbanding kemampuan.

Pengguna mungkin perlu membayar RM89 (30Mbps) dengan kelajuan muat turun dan muat naik sehingga 30Mbps dengan kuota tanpa had.

Manakala satu lagi pakej MaxisONE Home Fibre menawarkan bayaran bulanan RM129 (100Mbps) dengan kelajuan muat turun sehingga 100Mbps atau muat naik sehingga 50Mbps.

Ia turut ditawarkan pada kuota tanpa had.

Bagi Time, harga terkini ditawarkan untuk kelajuan Internet minimum 100Mbps adalah RM99 sebulan.

Pada masa ini, TIME mempunyai tiga pakej jalur lebar iaitu pelan 100Mbps (RM99), 500Mbps (RM149) dan 1Gbps (RM199).

 

Apa yang perlu diperhalusi sebelum melanggan?

 

Anda perlu melihat kawasan liputan kerana itu paling utama berbanding harga. Kalaulah tiada kawasan liputan sekalipun meskipun harganya murah, ia langsung tidak berguna.

Time misalnya paling murah bagi 100Mbps tapi kawasan liputannya terhad kepada bangunan tinggi dan bukan rumah teres kerana ia tidak mendapat kebenaran untuk berbuat demikian demi menjaga pesaing yang mempunyai hak eksklusif.

Kepadatan penduduk juga penting. Anda boleh dapatkan maklum balas daripada jiran sekiranya isyarat yang diberikan oleh fiber itu mencukupi atau tidak. Semak juga laman seperti Speedtest untuk mengetahui dulu sama ada berbaloi atau tidak.

Khidmat pelanggan. Penting untuk kita ketahui selepas memasang jalur lebar fiber pasti akan ada masalah seperti sambungan terputus dan sebagainya yang memerlukan khidmat pelanggan terbaik untuk memulihkannya.

 

Apa yang boleh anda lakukan?

 

Desak syarikat telekomunikasi untuk sediakan infrastruktur fiber di kawasan anda. Hantar petisyen untuk menarik perhatian.

Gunakan laman rasmi SKMM untuk menghantar maklum balas berkaitan liputan dan sebagainya dan lakukan ‘follow up’. Jika tidak berkesan, gunakan media sosial.

 

Apa komen anda?