Multitasking dengan Samsung Galaxy Note9

Share Button

Nisbah aspek 19.5:9 menawarkan juga skrin lebih tinggi pada ‘bezel’ yang nipis pada kiri atau kanan dan atas atau bawah.

Ia bermakna, anda akan memperoleh skrin besar pada dimensi keseluruhan yang ada pada telefon bersaiz 6.7 inci melebihi nisbah aspek yang biasa iaitu 16:9.

Secara fizikal, anda mempunyai paparan skrin yang besar meskipun saiz fon anda mungkin kecil.

Nisbah aspek 19.5:9 memberi manfaat pada pengguna terutama apabila fungsi pelbagai tugas (multitasking) dalam fon mula menampakkanya fungsinya.

Dengan kuasa prosesor dan RAM yang berkuasa, memang banyak benda yang boleh dilakukan.

Kebanyakan fon sekarang membolehkan anda membahagikan skrin pada dua bahagian. Misalnya, satu untuk menonton video manakala satu lagi ketika menjawap mesej jadi fungsi 19.5:9 menawarkan paparan yang lebih besar.

Ia sekali gus membolehkan ruang yang banyak untuk melihat kandungan video atau mesej secara efektif.

Kebanyakan sistem operasi sekarang menawarkan fungsi pelbagai aplikasi beroperasi serentak.

Apa komen anda?