Samsung Galaxy Note9 mudahkan kerja, tak pening kepala

Share Button

Bosan menghadapi masalah yang tidak seharusnya wujud, apa lagi jika ia masalah mendatang. Setelah berdepan dengan fon-fon di pasaran, pemilik memaki hamun lagi sebab banyak masa terbuang akibat masalah produktiviti yang tidak dapat dilaksanakan menggunakan telefon.

Ada yang menyifatkan generasi masa kini sebagai `generasi M’ (generation M) yang mana `M’ mewakili multitasking, atau membuat lebih daripada satu kerja dalam satu masa (pekerjaan berpakej).

Dalam kehidupan yang kian sibuk zaman ini, ramai di antara kita yang membuat pelbagai kerja pada satu masa, sama ada secara terpaksa mahupun tabiat yang disengajakan. Tambah pula dengan kehadiran internet, seseorang mungkin saja melakukan tiga atau empat perkara dalam satu masa.

Ramai yang biasa memandu sambil berbual dan menaip mesej di telefon bimbit atau menyiapkan dokumen kerja sambil berborak di ruang sembang di internet bukan?

Golongan yang paling ramai mempunyai tabiat melaksanakan kerja berpakej ini pula tidak lain tidak bukan, golongan remaja, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hiburan.
Remaja dikatakan boleh berbual di telefon sambil mendengar radio, menonton televisyen serta melayari internet pada satu masa!

Fenomena atau `budaya’ melakukan kerja berpakej ini berleluasa dalam generasi kini mungkin dipengaruhi kemodenan kehidupan yang mana banyak kemudahan yang membolehkan seseorang melaksanakan pelbagai kerja dalam satu masa. Contoh terbaik, komputer dan internet. Begitu juga dengan mesin dan perkakasan canggih yang boleh beroperasi secara automatik, sambil anda menyiapkan kerja yang lain.

Dengan Samsung Galaxy Note9, anda akan mendapat jawapan tentang apa dia multitasking dan ia semestinya fon yang paling kena dengan perkataan tersebut.

Apa komen anda?