Mod Super Night, ciri baru dalam Huawei Nova 3

Share Button

Mengambil gambar pada waktu malam boleh mengecewakan apabila anda tidak mempunyai telefon pintar fotografi yang baik terutamanya apabila anda ingin menangkap cahaya-cahaya malam di bandar yang indah semasa perjalanan anda.

Berita baiknya, Huawei kini mengemaskini kepada semua pengguna HUAWEI nova 3 dengan Mod Super Night yang boleh didapati melalui kemaskini perisian apabila Huawei melepaskan batch mulai hari ini.

Mod Super Night meningkatkan pengguna Nova 3 untuk menangkap imej pada cahaya rendah berkualiti tinggi. Dengan mengambil rakaman dengan masa pendedahan yang lebih lama, anda hanya perlukan beberapa detik untuk menangkap imej yang lebih cerah dan jelas dengan sedikit kekaburan dan gangguan cahaya.

Hanya dengan menggunakan tangan anda, pengguna nova 3 tidak perlu lagi membawa tripod mereka untuk mendapatkan imej cahaya rendah yang disediakan bagi gambar Instagram yang baik.

Dikuasakan oleh AI, fotografi mod Super Night juga dibantu pengesanan suasana secara automatik menyesuaikan parameter yang diperlukan untuk membantu setiap jurugambar mengambil gambar profesional, termasuk amatur.

Algoritma AI telah belajar lebih 100 juta foto profesional, memberikan data yang mencukupi untuk mengenali, belajar dan membezakan senario yang berbeza.

Dengan algoritma AI yang berkuasa pada NPU, semua pemprosesan boleh dilakukan secara offline pada chipset AI meningkatkan kelajuan, keselamatan, dan privasi.

Huawei nova 3 terdiri daripada sensor monokrom 24MP dan sensor RGB 16MP dengan sistem kamera bukaan apertur dual f 1.8 di bahagian belakang.

nova 3 juga menawarkan lensa apertur lebar f 2.0 yang luas pada kamera depan resolusi tinggi 24MP yang disertai oleh sensor warna spektrum luas 2MP yang menangkap maklumat depth of field untuk kesan bokeh.

Huwei nova 3 dijual pada harga RM1,919.

Apa komen anda?