MatDanGadgetman – Samsung Galaxy Note9 dengan rakaman 4K

Share Button


MatDanGadgetman menulis

Ia juga mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.

Kamera pada Samsung Galaxy Note9 terbabit dianggap produk muktamad seakan kamera DSLR yang direka untuk menyokong sebarang permintaan rakaman gambar dan fotografi.

Format 4K muncul sebagai standard untuk kesan termaju dalam pasca produksi di Hollywood dan ia penting untuk merakam video walaupun anda mempunyai bajet yang agak terhad dengan imej resolusi tinggi mampu dijana komputer.

Dalam Note9, ia boleh merakam dan menjadikan hasil produksi tersebut sangat cantik.

Note 9 dijual pada harga RM4,699 (8GB+512GB) dan RM3,699 (6GB+256GB).

Pujian pertama diberikan berdasarkan bateri 4000mAh yang cukup selesa digunakan seharian bagi tempoh lama dan aktif pula dengan pelbagai aktiviti seperti media sosial serta bermain game Fortnite.

Tidaklah panas bateri apabila bermain permainan bagi tempoh lama jadi penguji tidaklah begitu risau.

Tapi, paling ditunggu, S Pen yang terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah Bluetooth untuk beberapa kegunaan seperti berupaya menjadi pengawal atau butang shutter kepada kamera jika ia diletakkan sejauh 10 meter sekali pun.

Itulah yang digunakan Mat Dan, letakkan fon anda pada tripod dan gunakan S Pen sebagai alat kawalan untuk merakam wefie jadi tak perlu menekan butang `Timer’ atau berlari ke kumpulan untuk gambar bersama.

Untuk mengecas S Pen pula, hanya cukup dengan masukkan kembali ke slot dalam telefon selama 30 saat.

Apa komen anda?