Malaysia akhirnya jadi penerima fasa pertama iPhone dengan model XR, lihat harganya

Share Button

iPhone XR dilancarkan lebih awal daripada jangkaan dengan Malaysia secara mengejutnya menerimanya pada fasa pertama.

Ia akan mula dijual pada Jumaat ini (26 Oktober) pada harga RM3,599 (64GB), RM3,849 (128GB) dan RM4,299 (256GB).

iPhone XR sebelum ini dijangka hanya akan memasuki pasaran Malaysia pada hujung November namun Apple melengkapkannya pada tarikh sama pengeluaran iPhone XS, iPhone XS Max dan Apple Watch 4 di Malaysia.

Peranti yang kelihatan seperti iPhone X tetapi menggunakan komponen lebih murah seperti paparan LCD berbanding skrin OLED yang lebih canggih untuk mengurangkan kos.

iPhone XR memaparkan pelbagai warna dan menggunakan sisi aluminium berbanding keluli tahan karat seperti iPhone X.

Selain itu, ia turut mempunyai skrin sebesar hampir 6.1 inci, iaitu lebih besar daripada iPhone 8 Plus.

Dengan pengeluaran model terbaru itu, Apple secara tidak langsung menunjukkan yang ia masih perlu melakukan lebih banyak perubahan daripada hanya menyasarkan golongan kaya.

iPhone X mungkin lebih popular, tetapi secara global, Apple mula nampak yang penguasaannya dalam pasaran semakin menurun apabila pelbagai jenama telefon pintar mampu milik seperti Huawei, OnePlus dan Xiaomi mula mendapat perhatian pembeli.

Klik https://theskop.com/2018/10/tarikh-pelancaran-iphone-xs-dan-xs-max-diketahui/ untuk senarai harga iPhone XS dan XS Max juga.

Apa komen anda?