Lepak di Level Up KL macam di Silicon Valley

Share Button

Industri permainan Asia Tenggara kekal sebagai antara sektor paling hangat dan cepat berkembang, secara tidak langsung terus mengalami perubahan dengan kemunculan setiap teknologi baru.

Bertemakan ‘Beyond Entertainment,’ Persidangan LEVEL UP KL 2018 kembali ke Kuala Lumpur minggu ini dengan menjanjikan perbualan dinamik mengenai perkembangan industri permainan video, peranan dimainkan dalam memacu kecekapan, inovasi dan gangguan lain terhadap sektor ekonomi.

Turut diumumkan hari ini adalah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan iCandy Interactive Limited – antara syarikat hiburan digital terkemuka di dunia. Memorandum itu menjelaskan mengenai peranan iCandy dalam mempromosikan penggunaan teknologi blockchain di negara ini, selain menyediakan dana untuk menyediakan studio permainan di Malaysia bagi membangunkan permainan blockchain.

Bagi terus menunjukkan keupayaan pembuatan permainan di Malaysia, beberapa studio tempatan mengambil peluang mengumumkan harta intelek (IPs) terbaru mereka yang bakal menggegarkan komuniti permainan antarabangsa. Antaranya termasuk ‘No Straight Roads’ oleh Metronomik Studio, ‘Eximius: Seize the Frontline’ oleh Ammobox Studios, ‘Bake & Switch’ oleh Streamline Games, dan ‘Datum Tap’ oleh NightMorning Studios.

Apa komen anda?