Kuota data Digi Home Broadband ditambah 50%

Share Button

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menambah kapasiti data pelan Digi Home Broadband sehingga 50 peratus dengan harga serendah RM45 sebulan.

Bagi pelan Broadband Bulanan 45, jumlah kuota ditingkatkan daripada 15GB kepada 25GB, manakala bagi pelan Broadband Bulanan 65 daripada 35GB kepada 50GB dan pelan Broadband Bulanan 105, daripada 75GB kepada 100GB.

Bagi pelanggan Digi Postpaid sedia ada, Digi memberikan diskaun seumur hidup sebanyak RM5 atau RM10 apabila mereka mendaftar untuk Digi Home Broadband, memberikan akses internet bermula dari RM40 sebulan.

Pelanggan akan menikmati kelajuan internet konsisten sekurang-kurangnya 10Mbps untuk 4G LTE, dan 20 Mbps untuk 4G LTE-A.

Tahun 2017 saja menyaksikan pangkalan data Digi menyokong hampir 150 peratus pertumbuhan trafik data daripada lebih setengah juta pengguna internet tambahan.

Apa komen anda?