Kerap bertukar aplikasi, jangan risau dengan Samsung Galaxy Note9

Share Button

Antara yang anda perhatikan pada Samsung Galaxy Note9 ini, adalah keupayaannya yang laju mengoperasikan sesuatu.

Jika anda kerap menukar aplikasi ke aplikasi lain, ia akan beroperasi dengan lancar tanpa masalah ‘lag’.

Sungguhpun mempunyai keupayaan skrin terbaik untuk tontonan dan game, ia masih mempunyai jangka hayat bateri memuaskan.

Samsung Galaxy Note9 mengatasi telefon pintar lain dalam kelajuan memuat turun dan strim kandungan. Berapa banyak? Ia boleh dikatakan 42 peratus lebih cepat berbanding banyak telefon lain di pasaran.

Kelajuan ini sebahagian besarnya hasil modem CAT 18 LTE yang dibina dalam telefon dapat memberikan kelajuan muat turun sehingga 1.2Gbps walaupun ia juga jelas bergantung pada kelajuan rangkaian.

Namun, tidak boleh menafikan Samsung Galaxy Note9 juga menyumbang kepada kelajuan rangkaian dalam telefon yang anda gunakan.
Anda boleh mengalami kelajuan yang berbeza walaupun pada rangkaian yang sama dan di kawasan yang sama.

Pengguna mungkin berada di jalan raya, di pantai dan bergantung pada telefon mereka lebih daripada sebelumnya tetapi tanpa teknologi rangkaian terkini dan terpantas yang tersedia seperti dalam Galaxy Note9, telefon anda mungkin agak lambat.

Samsung Galaxy Note9 bukan sahaja pantas – mereka juga mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 845 yang terkini dan terbesar, sama ada RAM 6GB atau 8GB RAM.

Apa komen anda?