Hujung minggu penting di tiga lokasi untuk Huawei Mate 20, Mate 20 Pro

Share Button

Penting untuk mengetahui hari Sabtu dan Ahad ini seperti acara keramaian dengan Huawei bakal memberikan pesta fon terpenting dalam sejarah melalui Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro dengan tiga kamera di mana salah satu lensanya beresolusi 40MP.

Harga ditawarkan semua produk seperti disenaraikan:

Huawei Mate 20: RM2,799 (6GB+128GB)
Huawei Mate 20 Pro: RM3,599 (6GB+128GB)

Lokasi belian pada 27 Oktober dan 28 Oktober bakal berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, AEON Bandar Dato Onn, Johor Bahru dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

1,000 pembeli pertama Pavilion akan membawa pulang sebuah dron DJI Tello manakala 300 pembeli pertama masing-masing di Queensbay dan AEON akan menerima dron sama.

Apa ciri kedua-dua fon ini?

Mate 20 akan ditawarkan di Malaysia dengan warna biru dan hitam manakala Mate 20 Pro akan didatangkan dengan warna hitam, hijau dan twilight.

Mate 20 dengan 16MP+12MP+8MP manakala Mate 20 Pro pula dengan resolusi 40MP+20MP+8MP.

Kamera depan pula 24MP dengan keupayaan gambar swafoto lebih tepat.

Kedua siri Mate 20 mempunyai sensitiviti ISO tinggi sementara itu gambar makro sehingga 2.5cm secara dekat.

Telefon dengan Internet yang laju meskipun telco anda sangat blergh!

Keupayaan 4.5G dengan kuasa antena 120% lebih baik berbanding iPhone XS Max.

Sambungan WiFi lebih laju dengan Mate 20 Pro berbanding Samsung Galaxy Note9 atau iPhone XS Max. Kemampuan GPS pantas mengesan isyarat.

Mate 20 mempunyai skrin 6.53 inci FHD+ 2244 x 1080. 18.7:9 DCI-P3 HDR. Mate 20 Pro pula skrin 6.39 inci 2K OLED.

Mate 20 Pro berasaskan IP68 dan Mate 20 IP53.

Bateri Mate Pro 20, 4200mAh manakala Mate 20 pula 4000mAh. Terdapat cas tanpa wayar 15W yang mengecas pantas dan ia juga bertindak sebagai pengecas tanpa wayar.

Apa komen anda?