[KEMASKINI] Huawei mendedahkan harga 7 produk termasuk Mate 20, Mate 20 Pro, Mate20 X, Watch GT, TalkBand 5 dan MateBook X Pro

Share Button

Huawei melancarkan dua model fon, Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro dengan tiga kamera di mana salah satu lensanya beresolusi 40MP.

Dua buah fon lagi dilancarkan termasuk Porsche Design Mate 20 RS, Huawei Mate20 X, Huawei Watch GT dan TalkBand 5.

Harga ditawarkan semua produk seperti disenaraikan:

Huawei Mate 20: RM2,499 (6GB+128GB) tersedia pada 27 Oktober
Huawei Mate 20 Pro: RM3,599 (6GB+128GB) tersedia pada 27 Oktober
Huawei Mate20 X: RM3,199 (11 November)
Porsche Design Mate 20 RS: tidak didedahkan
Huawei Watch GT: RM999
Huawei MateBook X Pro: RM4,999 (i5), RM6,999 (i7)
Huawei TalkBand 5 Pro: RM699

Lokasi belian pada 27 Oktober dan 28 Oktober di Queensbay Pulau Pinang,

Pra tempahan bermula 19 Oktober selama lima hari.

Mate 20 akan ditawarkan di Malaysia dengan warna biru dan hitam manakala Mate 20 Pro akan didatangkan dengan warna hitam, hijau dan twilight.

Harga bagi M Pen yang dijual berasingan dengan harga RM158.

Anda boleh baca artikel tentang kesemua produk tersebut sebelum ini di www.theskop.com

Mate 20 dengan 16MP+12MP+8MP manakala Mate 20 Pro pula dengan resolusi 40MP+20MP+8MP.

Kamera depan pula 24MP dengan keupayaan gambar swafoto lebih tepat.

Kedua siri Mate 20 mempunyai sensitiviti ISO tinggi sementara itu gambar makro sehingga 2.5cm secara dekat.

Telefon dengan Internet yang laju meskipun telco anda sangat blergh!

Keupayaan 4.5G dengan kuasa antena 120% lebih baik berbanding iPhone XS Max.

Sambungan WiFi lebih laju dengan Mate 20 Pro berbanding Samsung Galaxy Note9 atau iPhone XS Max.

Kemampuan GPS pantas mengesan isyarat.

Mate 20 mempunyai skrin 6.53 inci FHD+ 2244 x 1080. 18.7:9 DCI-P3 HDR

Mate 20 Pro pula skrin 6.39 inci 2K OLED.

Mate 20 Pro berasaskan IP68 dan Mate 20 IP53

Terdapat warna hijau Emerald, biru Midnight, hitam, merah jambu emas dan Twilight untuk dipilih.

Bateri Mate Pro 20, 4200mAh manakala Mate 20 pula 4000mAh.

Terdapat cas tanpa wayar 15W yang mengecas pantas dan ia juga bertindak sebagai pengecas tanpa wayar.

Apa komen anda?