Huawei MateBook X Pro laris walaupun harga tinggi

Share Button

HUAWEI mengumumkan HUAWEI MateBook Series habis dijual sejak ia dibuka untuk pra- tempahan bermula dari 19 hingga 22 Oktober lalu. Menurut laporan, HUAWEI MateBook X Pro terjual lebih banyak dari edisi HUAWEI MateBook D walaupun harganya jauh lebih tinggi – terima kasih kepada paparan skrin sentuh FullView dan kamera tersembunyi pertama di dunia serta sistem pembesar suara Quad berkuasa.

“HUAWEI MateBook X Pro dianugerahkan ‘Best of Mobile World Congress 2018’ oleh majalah  komputer terkemuka di Amerika, PCMag pada Februari lalu dan menerima pengiktirafan dari peneraju industri dan media terkemuka. Ini pertama kali HUAWEI memperkenalkan siri komputer riba secara besar-besaran di Malaysia dan gembira kerana pelanggan kami menyukainya. Ia sememangnya di luar jangkaan,” kata Timbalan Pengarah HUAWEI Consumer Business Group, Matthew Ng.

Tambahnya, HUAWEI mahu memberikan yang terbaik untuk pelanggan dengan membawa teknologi terbaru dan terkini di Malaysia. 

Selain itu, HUAWEI turut memberikan hadiah premium bernilai lebih RM1,000 termasuk bag sandang, tetikus bluetooth, selongsong kulit dan langganan Microsoft Office Home 365 selama setahun sebagai ganjaran kepada pelanggan setia.

Peranti itu hadir dengan Windows Hello – log masuk tanpa kata laluan yang membolehkan pengguna membuka kunci dengan cepat dan selamat. Ia mengendalikan log masuk dan membuat pengesahan terhadap aplikasi yang sesuai juga.

HUAWEI MateBook Series akan dilancarkan secara rasmi di Pavilion, Kuala Lumpur, di mana pelanggan dijemput merasai peranti terbaru itu termasuk HUAWEI Mate 20.

Bertemakan ‘Redefine the Best Experience of a Notebook,’ 30 pelanggan pertama yang membeli HUAWEI MateBook X Pro atau HUAWEI MateBook D pada acara itu nanti layak menerima HUAWEI ANC Wired Earpiece bernilai RM295. Tawaran sama dibuat kepada 10 pelanggan pertama hanya di Queensbay Mall, Penang dan Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Jualan rasmi bermula esok.

Apa komen anda?