Huawei Mate20 X dikatakan lebih bagus berbanding Nintendo Switch

Share Button


Game tanpa telefon yang power memang tiada gunanya. Sebab itu Huawei Mate20 X menjadi fon paling hebat dengan skrin besar 7.2 inci jenis FHD+ 2244 x 10880 OLED dan nisbah skrinnya pula FHD+.

Bersama ratio skrin ke body 87.83%, ia menjadikan skrin telefon ini sangat luas.

Turut didatangkan, Huawei M-Pen yang mempunyai 4096 tekanan ketika menulis dengan jelas dan turut ada bersama Popup Memo untuk merekod suara dengan pantas.

Huawei Mate20 X mempunyai kapasiti bateri 5000mAh yang boleh bermain 3 jam lebih ekstra berbanding iPhone XS Max.

Ia mempunyai sistem penyejukan Huawei SuperCool Vapor Chamber & Graphene Film pertama di dunia.

Turut ditawarkan, gamepad yang dikatakan lebih hebat berbanding Nintendo Switch untuk konsol mudah alih bagi permainan.

Huawei Mate20 X mempunyai tiga kamera yang semuanya beresolusi 40MP dengan kalis percikan air serta debu IP53.

Huawei Mate20 X berharga kira-kira RM4,045 dan akan didapati pada penghujung November ini.

Apa komen anda?