Huawei Mate 20 Pro yang hebat

Share Button

Huawei Mate 20 Pro bocor lagi dengan tiga kamera belakang dan tiada pengimbas cap jari

Huawei Mate 20 Pro yang dikhabarkan akan muncul dijangka hadir dengan tiga kamera
belakang selepas satu lagi imej bocor di Internet menunjukkan apa yang pernah dilihat
sebelum ini.

‘Gambar pemasaran rasmi’ yang dipaparkan sebuah portal dalam talian, WinFuture dari satu
sumber menunjukkan kewujudan kotak berbentuk segi empat yang agak janggal di belakang
telefon pintar itu yang menempatkan tiga kamera berkenaan.

Namun bukan kedudukan kamera itu yang menjadi perhatian – memandangkan syarikat dari
China itu pernah menawarkan benda sama pada Huawei P20 Pro awal tahun ini, tetapi
susunannya yang menimbulkan tanda tanya.

Telefon pintar itu didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Biru, Hitam dan Twilight.

Tiada pengimbas cap jari?
Selain susunan kamera itu yang agak janggal, ketiadaan ciri pengimbas cap jari turut menjadi
perhatian. Takuk di bahagian atas paparan juga dilihat sedikit besar daripada siri P20
sebelum ini.

Ini menunjukkan Huawei Mate 20 Pro mungkin hadir dengan teknologi pengenalan wajah
sebagai fungsi biometrik utama. Tetapi menurut sumber sama, ia mungkin akan menampilkan
ciri pengimbas cap jari secara dalam paparan.

Sebenarnya tidak banyak perubahan yang kita dapat lihat pada Mate 20 Pro ini, kerana
seperti yang kita sedia tahu OnePlus 6T juga akan menampilkan ciri sama dan Huawei
sebelum ini memasukkan teknologi itu pada Porsche Design Mate RS.

Anda tidak perlu menunggu lama untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan Mate 20 dan
Mate 20 Pro kerana ia dijangka dilancarkan pada 16 Oktober ini di London.

Apa komen anda?