Huawei Mate 20 Pro Telefon pilihan 14 laman Web di Eropah (15 kalau termasuk TheSkop Di Malaysia)

Share Button

Sejurus selepas pengenalan siri Huawei Mate 20 di London pada 16 Oktober 2018, laman web Toutiau.com telah melaporkan Huawei Mate 20 Pro dipuji oleh 14 media di Eropah seperti CHIP, ComputerBild, Connect, Les Numeriques, FrAndroid dan banyak lagi. 

Sesetengah daripada mereka telah menyatakan bahawa Huawei Mate 20 Pro juga telefon pintar terbaik 2018. Anda boleh menyemak kenyataan semua laman tersebut pada gambar kolektif di Toutiau.com.

Huawei Mate 20 Pro dilancarkan pada 27 Oktober 2018 dengan harga RM3599 dan ia dilengkapi dengan chipset HiSilicon Kirin 980 terkini, RAM 6GB, 128GB penyimpanan dalaman, 40MP + 20MP + 8MP kamera belakang, 24MP kamera selfie, paparan 6.39 inci dengan resolusi skrin 1440 x 3120 dan ia dikuasakan oleh bateri 4200mAh.

Tonton video mengenainya di facebook.com/TheSkopDotCom

Comments

Apa komen anda?