Huawei Mate 20 Pro: Telefon paling gila 2018

Share Button

 

Selepas kejayaan Huawei P20 Pro, syarikat multinasional China itu kini muncul dengan Huawei Mate 20 Pro yang hadir dengan tiga kamera di bahagian belakang, sensor cap jari dalam paparan dan terbaru, cip prosesor Kirin 980 yang sangat cekap. 

Seperti biasa, peranti jenis ini tidak mempunyai penyambung fon kepala, tetapi diiktiraf IP68. 

Oleh itu, pengguna tidak perlu risau sekiranya air tertumpah ataupun telefon terjatuh ke dalam air. Selain itu, ia juga menggunakan ciri pengecasan tanpa wayar yang dikatakan lebih pantas berbanding iPhone XS Max. 

Mate 20 Pro menampilkan paparan OLED 6.39 inci yang sangat hebat. Terdapat pengesan cap jari di dalam skrin. Selama bertahun-tahun teknologi cap jari dalam paparan dikhabarkan pada telefon canggih seperti Apple dan Samsung dan masih belum menjadi kenyataan lagi untuk mereka tetapi dengan Mate 20 Pro ia akhirnya menjadi nyata.

Cara untuk menetapkannya hampir sama dengan cara tradisional iaitu dengan menyentuh ibu jari pada skrin selama beberapa saat sebelum membukanya.

Bunyinya seperti futuristik dan ia berfungsi dengan baik walaupun ia tidak begitu pantas seperti sensor fizikal. 

Bagaimanapun kelemahan terbesar yang boleh dilihat setakat ini adalah kerana kaedah ini menggunakan teknologi Huawei sendiri, aplikasi yang biasanya dibuka menggunakan cap jari (aplikasi Perbankan sebagai contoh) memerlukan nombor pin kerana ia tidak akan 

berfungsi dengan baik menggunakan kaedah biometrik.

Huawei Mate 20 Pro dikuasakan oleh cip prosesor Kirin 980 yang dapat membantu 

meningkatkan kecekapan dan memproses dengan baik tanpa memberi kesan kpada jangka hayat bateri. 

Ia mempunyai memori 6GB dan storan sebesar 128GB. Terdapat dwi enjin neural Huawei di dalam Kirin 980 yang dikatakan mampu meningkatkan AI sebanyak 134 peratus. 

Ia juga membantu peranti itu memproses video secara real-time dan menambah kesan bokeh secara langsung.

Mate 20 Pro sarat dengan kamera utama 40 megapiksel, kamera telefoto untuk zooming 8 megapiksal dan kamera ultra lebar 20 megapiksel. 

Bagaimanapun perisian masih menjadi kelemahan Huawei walaupun Mate 20 Pro menggunakan Android 9 Pie. Pengguna masih mendapat manfaat daripada ciri-ciri Pie seperti isyarat navigasi dan seksyen Digital Wellbeing untuk membantu mengekang penggunaan telefon anda, tetapi rupa, rasa dan UI masih terasa seperti Huawei.

Kesimpulannya, dengan penawaran sejumlah ciri menarik seperti ini, Mate 20 Pro boleh dikatakan telefon yang cukup sempurna dan berpotensi menjadi telefon Android terbaik dan paling inovatif tahun ini.

Saksikan beberapa gambar Mate 20 Pro dan sebuah gambar yang dirakam dengan mod default pada waktu malam.

Apa komen anda?