Huawei lancar Mate 20, Mate 20 Pro dengan tiga kamera, satu lensa 40 megapiksel

Share Button

Huawei melancarkan dua model fon, Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro dengan tiga kamera di mana salah satu lensanya beresolusi 40MP.

Mate 20 dengan 16MP+12MP+8MP manakala Mate 20 Pro pula dengan resolusi 40MP+20MP+8MP.

Kamera depan pula 24MP dengan keupayaan gambar swafoto lebih tepat.

Kedua siri Mate 20 mempunyai sensitiviti ISO tinggi sementara itu gambar makro sehingga 2.5cm secara dekat.

Telefon dengan Internet yang laju meskipun telco anda sangat blergh!

Keupayaan 4.5G dengan kuasa antena 120% lebih baik berbanding iPhone XS Max.

Sambungan WiFi lebih laju dengan Mate 20 Pro berbanding Samsung Galaxy Note9 atau iPhone XS Max.

Kemampuan GPS pantas mengesan isyarat.

Mate 20 mempunyai skrin 6.53 inci FHD+ 2244 x 1080. 18.7:9 DCI-P3 HDR

Mate 20 Pro pula skrin 6.39 inci 2K OLED.

Mate 20 Pro berasaskan IP68 dan Mate 20 IP53

Terdapat warna hijau Emerald, biru Midnight, hitam, merah jambu emas dan Twilight untuk dipilih.

Bateri Mate Pro 20, 4200mAh manakala Mate 20 pula 4000mAh.

Terdapat cas tanpa wayar 15W yang mengecas pantas dan ia juga bertindak sebagai pengecas tanpa wayar.

Apa komen anda?