Honor 8X pada harga terkejut

Share Button

Golongan muda yang mahukan kelainan telefon pintar boleh mempertimbangkan Honor 8X yang turut menampilkan artis SonaOne dan Zizan Razak selaku duta produk.

Honor 8X menampilkan luaran yang nipis dengan hanya berukuran 6.5 inci Honor FullView

Ia dikuasakan oleh prosesor Kirin 710 dan Android 8.0  yang menawarkan tiga sllkad berfungsi sekaligus dengan kapasiti RAM 4GB LPDDR4 dan sokongan storan 128GB.

Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan kamera lensa berkembar 20MP + 2MP yang merakamkan imej dengan lebih berkualiti, warna terang dan terperinci.

Turut ditawarkan keupayaan rakaman video slow mo pada 480fps.

Bagi kamera hadapan, peminat selfie menikmati 16MP yang berfungsi dengan baik meskipun dalam keadaan cahaya rendah.

Mod fotografi baharu yang menarik termasuk keupayaan operasi manual menjadikan Honor 8X sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan fotografi.

Sementara itu, bateri 3750 mAh berupaya menampung pengguna yang aktif menggunakan pelbagai aplikasi pada setiap hari.

Honor 8 dijual bermula pada harga RM949 dengan warna biru dan hitam yang dijual pada 12 Oktober.

Setiap pembelian membolehkan anda menikmati Honor Band 3 bernilai RM119 secara percuma.

Apa komen anda?