Gambar penuh Google Pixel 3

Share Button

Seperti biasa, tidak lain tidak bukan pakar mendedahkan gajet baru sebelum ia dilancarkan, Evan Blass mula memberi gambaran penuh fon baru yang bakal dilancarkan Google iaitu Pixel 3.

Ia mempunyai saiz kenipisan 7.9mm dengan ciri IP67 bersama skrin 5.5 inci jenis AMOLED yang mempunyai resolusi 1080 x 2280 piksel bersama 19:9 dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Bersama Android 9, ia mempunyai kuasa prosesor Qualcomm Snapdragon 845 dengan RAM 6Gb  selain pilhan ROM 64GB atau 128GB.

Google Pixel 3 akan mempunyai kamera tunggal di belakang 12.2MP dengan f1.8 manakala kamera depan pula 8MP f2.2.

Dikenali dengan kamera yang cantik pada dua model sebelum ini,  Google Pixel 3 masih kekal dengan USB type-C dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam  dan emas.

Apa komen anda?