Cyberjaya, Putrajaya mula ujian 5G tahun depan

Share Button

Putrajaya dan Cyberjaya akan menjadi perintis ujian rangkaian 5G bermula tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata dua lokasi tersebut bersedia untuk rangkaian tersebut kerana ia sudah mempunyai sistem gentian yang lengkap dalam kawasan yang meluas.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menerajui ujian 5G ini dengan menubuhkan sebuah pasukan khas yang akan turut disertai Majlis Perbandaran Sepang, Cyberview dan Perbadanan Putrajaya.

Teknologi 5G adalah kenaikan taraf daripada 4G dan LTE maka sudah tentulah ia akan menjadikan teknologi mudah alih lebih pintar, pantas dan luas.

Perang harga dan teknologi ini adalah satu perkembangan memberangsangkan kerana ia menjadikan syarikat telekomunikasi lebih kompetitif dan ekonomik kepada pengguna.

Jika mengikut jangkaan, teknologi 5G bakal tiba pada 2020 pada peringkat global, tetapi untuk Malaysia, penganalisis menyasarkan pada 2022.

Ia bergantung kepada kemudahan yang disediakan kerajaan dan syarikat telekomunikasi. Spektrum untuk 5G akan dipersetujui secara global pada 2019 dan seluruh industri perlu menghasilkan produk sebaik saja ia dipersetujui.

Apa komen anda?