Xiaomi lancar pesaing iPhone XR dengan Mi Max 3

Share Button

Xiaomi memperkenalkan telefon dengan nisbah paparan sehingga 85.19% peratus iaitu Mi Max 3 yang menonjolkan tahap inovasi dalam aspek skrin depan tanpa bezel lebih hebat berbanding model lama Mi Max 2.

Xiaomi Mi Max 2 memiliki skrin besar bersaiz 6.9 inci dengan resolusi 2160 x 1080 FHD+.

Kekuatan kali ini bergantung kepada bateri besar 5500mAh yang boleh berfungsi seperti powerbank dengan output 5V/1.2A. Selain itu, bateri ini juga dilengkapkan denan cas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 bersama pengecas 9V/2A.

Ia mempunyai dwikamera 12MP+5MP Dual Pixel AI dengan apertur f1.9 manakala kamera depan pula 8MP dengan apertur f2.0.

Mi Max 3 menggunakan prosesor Qualcomm Snapdragon 636 dengan RAM 4GB selain storan 64GB.

Telefon dengan dua SIM ini beroperasi pada Android 8.1 Oreo bersama MIUI 9.

Ia akan berada di pasaran termasuk store Mi dan Lazada pada harga RM1,099 pada 27 September ini.

Apa komen anda?