Warna vivid yang cantik pada waktu siang dengan Samsung Galaxy Note9

Share Button

Samsung Galaxy Note 9 memiliki dwi kamera 12 megapiksel membantu gambar yang cantik pada setiap masa.

Kamera utama terbabit datang dengan apertur f1.5 tapi lensa telefoto memperoleh penambahbaikan agak ketara di samping penstabil imej yang kini optikal dengan apertur diperluas kepada f2.4.

Sungguhnya, perubahan terbabit membawa kepada penggunaan kamera pada pencahayaan kurang yang sangat baik.

Tapi sebenarnya, dalam penggunaan kamera pada waktu siang sekalipun, ia merakam gambar yang unik dan menarik dengan warna yang bersesuaian seolah imej terakam hidup di depan dan paling penting, tidak ‘fake’.

Rakaman foto menggunakan kamera utama memang terbaik dengan warna vivid dan ‘dynamic range’ yang tepat.

Ia bermakna, ketika anda merakam subjek pada landskap, ia menghasilkan imej sempurna dengan julat antara warna cerah dan gelap agak seimbang.

Kamera Samsung Galaxy Note9 juga berjaya mengurangkan masalah ‘overexpose’ yang berlaku pada kebanyakan fon lain apabila terlalu ‘memalsukan’ warna ketika pasca rakaman jadi warna yang anda peroleh melalui Note9 ini lebih segar dan nampak asli seakan-akan melihatnya dengan mata kasar.

Ciri terbabit juga menjadikan mod potret lebih segar dan lebih baik berbanding pada model sebelum ini.

https://www.samsungmobilepress.com/landing/video/9554505c-3ba3-4527-aa40-596d626c1333

Apa komen anda?