Warna baru Huawei P20 diperjelaskan

Share Button

Warna Baru Huawei P20: Diinspirasikan oleh Alam Semula Jadi

Sebaik saja HUAWEI P20 Series dilancarkan, warna glamor Twilight terbukti menjadi popular dalam pasaran apabila ia laris dijual tidak lama selepas dilancarkan. Diinspirasikan oleh cahaya, perkembangan warna menarik itu mempamerkan segmen spektrum cahaya yang paling dinamik. Ia adalah contoh kesempurnaan – warna gradien yang melengkapkan peralihan dengan sempurna dari satu warna ke warna lain dengan cara yang hanya boleh digambarkan sebagai titik persimpangan alam semula jadi dan imaginasi.

Alam semula jadi adalah elemen yang paling hebat; ia tidak mengenal batas dan menyimpan potensi tanpa had. Oleh sebab itu Huawei bersandarkan padanya untuk mendapatkan inspirasi. Warna baru yang diperkenalkan, Morpho Aurora dan Pearl White menunjukkan usaha terbaru Huawei untuk menyampaikan elemen terbaik alam semula jadi kepada pengguna. Sebagai penambahan baru kepada barisan warna gradien yang sehingga kini terdiri daripada Twilight dan Pink Gold, kedua-dua warna ini memberikan pelbagai pilihan yang sedia ada kepada pengguna.

Warna-warna baru ini mewakili:

Kesempurnaan: Komitmen yang tidak berbelah bagi oleh Huawei untuk memberikan reka bentuk terbaik kepada pengguna.

Pencahayaan: Perubahan yang sesuai dengan susunan semula jadi warna pada spektrum cahaya dan sesuai dengan personaliti produk.

Trend: Warna-warna ini menunjukkan Huawei jauh ke hadapan selari dengan trend yang mendatang dan keupayaannya untuk mengubah ‘apa yang seterusnya’ menjadi ‘apa yang ada.’

Peneraju: Dalam pada Twilight menjadikan warna gradien popular dalam dunia teknologi, warna baru ini menjadi evolusi trend.

1. Morpho Aurora

Morpho Aurora adalah warna gradien yang terang. Ia merangkumi sisi misteri Cahaya Utara dan membuatnya lebih menyerlah lagi dengan keceriaan warna rama-rama Morpho. Warna ini direalisasikan oleh salutan nano khas menggunakan mikroskopik, tulang rusuk dan struktur nano yang sama pada sayap rama-rama Morpho, di mana cahaya diubah untuk menghasilkan warna biru gelap dengan sedikit merah ungu.

2. Pearl White

Iridescent nacre dianggap sebagai antara bahan untuk barangan perhiasan yang paling berharga. Nacre berkilau kerana ketebalan lapisan dalamannya sama dengan panjang gelombang cahaya. Oleh itu, cahaya yang dipantulkan dari permukaan luar mampu mengganggu cahaya yang dipantulkan daripada permukaan dalaman. Gelombang cahaya yang berlainan menghasilkan cahaya berbeza seperti warna pelangi apabila dilihat pada sudut cahaya yang berlainan.

Warna Pearl White HUAWEI P20 Series ini diperolehi dengan cara sama nacre mendapatkan warnanya. Dengan melalui proses Non-Conductive Vacuum Metalizing (NCVM), Huawei memasukkan beberapa salutan nano ke belakang cermin yang mempunyai ketebalan sama dengan panjang gelombang yang boleh dilihat. Jadi apabila cahaya dipantul ke permukaan, bahagian belakang telefon pintar itu akan menghasilkan warna seakan pelangi.

Warna Morpho Aurora dan Pearl White ini direka berdasarkan peraturan alam semula jadi. Dengan pilihan warna ilham dari semula jadi ini, HUAWEI P20 Series sekali lagi menarik perhatian dunia dan menjadi peneraju reka bentuk telefon pintar.

Apa komen anda?